Close

Sony PlayStation 5 akan dijual dengan harga sekitar RM1,900?

Pada 12 Jun lalu, Sony telah mendedahkan rekaan sebenar Sony PlayStation 5 yang lebih tampak berlainan dari generasi sebelumnya, alat kawalan jauh baru yang digelar sebagai DualSense dan pelbagai aksesori tambahan yang akan memberi pengalaman baru untuk pengguna.
PS5 juga turut hadir dengan 2 pilihan varian iaitu versi digital dan versi disc Blue-ray. Namun, pihak Sony belum mendedahkan harga jualan rasminya. Kini terdapat ura-ura tentang harga jualan rasmi Sony PS5 yang sedang hangat diperkatakan di media sosial.
Menurut Ben Geskin, harga jualan PS5 telah tertiris di Amazon dengan harga bermula €399 (RM1,919) untuk versi digital dan €499 (RM2,400) untuk versi biasa. Harga yang ditawarkan ini mungkin adalah harga bagi storan permulaan dan mungkin akan terdapat storan yang lebih besar dengan harga lebih mahal.

ARTIKEL BERKAITAN