Close

Spotify, Apple Music, Amazon dan YouTube menyokong kempen ‘Blackout Tuesday’

Majoriti penstriman muzik seperti Spotify, Apple Music, Amazon, dan YouTube hari ini mengeluarkan sokongan mereka terhadap kempen ‘Black Out Tuesday’ untuk protes terhadap budaya rasis diantara bangsa dan bagi memperingati kematian George Floyd yang dibunuh secara kasar oleh anggota Polis, Derek Chovin.

Spotify menambah 8 minit dan 46 saat muzik yang senyap pada senarai main dan podcast yang terpilih bagi memperingati saat kematian George Floyd yang disekat pernafasannya dalam tempoh berikut.

Manakala Apple Music juga turut kongsikan senarai main khas yang dihasilkan oleh artis berkulit hitam dengan nama ‘For Us, By Us’ di bahagian Browse jika anda melanggan Apple Music. Amazon dan YouTube Music juga turut tweet sokongan mereka terhadap protes ini.

ARTIKEL BERKAITAN