Close

U Mobile menawarkan internet tanpa had dengan harga serendah RM30 untuk kelajuan 6Mbps

Hari ini U Mobile telah kemaskini pelan prabayar baharu iaitu GX30 dan GX38 dengan tawaran internet tanpa had serendah RM30 sahaja untuk kelajuan 6Mbps bersama hotspot 6GB untuk GX30 sebulan.
Manakala untuk GX38, U Mobile menawarkan potongan harga RM35 dari RM38 untuk data dan panggilan tanpa had bersama 6GB data hotspot selama 30 hari. Pelan prabayar ini berkuatkuasa bermula 12 Jun buat pelanggan sedia ada dan pelanggan baru U Mobile.
Dengan tawaran ini juga, ia sekaligus memberi saingan yang hebat buat Hotlink dan Celcom yang juga turut menawarkan pelan prabayar internet tanpa had denga harga sekitar RM35 ~ RM45. Apa pun, ia bergantung pada kawasan dan apa yang ditawarkan.

ARTIKEL BERKAITAN