Close

Android 11 kembali menggunakan nama pencuci mulut

Google telah lama menggunakan nama pencuci mulut pada versi Android mengikut susunan abjad.

Seperti Android 6.0 Mashmallow, Android 7.0 Nougat, Android 8.0 Oreo dan Android 9.0 Pie. Penggunaan nama pencuci mulut secara rasmi berakhir pada Android 10. Google akhirnya, menggantikannya nama pencuci mulut dengan nombor. Dan telah hilang satu perkara menarik pada versi Android.

Namun, menurut Dave Burke yang merupakan Naib Presiden Kejuruteraan Android telah memberitahu didalam satu podcast All About Android bahawa Android 11 masih mempunyai nama pencuci mulut yang digunakan secara dalaman oleh  Jurutera Google dalam pembangunan Android 11.

Susunan abjad bagi Android 11 adalah R dan nama pencuci mulut yang diguna oleh Jurutera dalam pembangunan Android 11 adalah Red Velvet Cake (RVC). RVC hanya digunakan secara dalaman sahaja, secara rasmi ia adalah Android 11. Dan ia juga dikenali sebagai Android R di dalam  Android Open Source Project (AOSP).

Dave Burke menambah lagi, yang mana Android 10 juga mempunyai nama pencuci yang digunakan secara dalaman. Abjad bagi Android 10 adalah Q dan nama yang digunakan adalah Quince Tart. Nampaknya Google masih menggunakan nama pencuci mulut walaupun ia digunakan secara dalaman.

Android akan datang adalah 12 dan Abjadnya adalah S. Agaknya, apakah nama yang akan digunakan Google secara dalaman. Ia sesuatu yang menarik untuk diketahui.

ARTIKEL BERKAITAN