Close

Apa yang perlu anda tahu tentang OnePlus Nord

OnePlus Nord telahpun dilancarkan. Model kali ini dilihat memfokuskan pada fon kelas pertengahan. Ia membawa semula identiti OnePlus yang mana menawarkan peranti dengan harga mampu milik. Nord juga adalah peranti kelas pertengahan kedua selepas OnePlus X.
Prestasi

OnePlus Nord dilengkapi cip pemproses Snapdragon 765G digabungkan dengan GPU Adreno 620. Pilihan Ram 8GB dan 12GB LPDDR4X. Untuk pilihan storan pula adalah 128GB dan 256GB dan masih mengekalkan UFS 2.1. Ia juga menyokong rangkaian 5G.

Paparan

Menggunakan panel AMOLED, saiz skrin 6.44 inci 1080P dan menyokong paparan 90Hz. Menggunakan pelindung skrin Gorilla Glass 5. Paparan ini juga menyokong sRGB dan P3 namun, ia tiada sokong HDR.

Rekaan

Elemen kemewahan dan premium turut tidak ketinggalan untuk diterapkan pada OnePlus Nord. Dengan dua pilhan warna iaitu Matte Gray Onxy dan Polish Blue Marble. Yang mana ia juga mempunyai permukaan belakang yang berbeza.
Dengan sedikit lengkungan dibahagian belakang memberikan keselesaan ketika dipegang. Di bahagian depan dan belakang model ini disaluti dengan pelindung Corning Gorilla Glass 5.
Kamera
Menggunakan tetapan empat kamera secara vertikal. OnePlus Nord menggunakan sensor yang sama seperti model OnePlus 8. Kamer utama ialah 48MP f/1.75 aperture, OIS dan EIS Sony IMX856, 8MP kamera sudut lebar , 2MP kamera makro dan 5MP kamera kedalaman.
Perbezaan ketara bagi OnePlus Nord adalah rakaman 4K yang menyokong 30fps sahaja berbanding OnePlus 8 60fps. OnePlus Nord tiada kamera zoom yang khusus namun ia menyokong 2x zoom.
Kamera hadapan OnePlus Nord didatangkan dengan dua tetapan kamera. Ia adalah yang pertama dalam keluarga OnePlus menggunakan dua kamera hadapan. Dengan kamera utama 32MP 0.8 µm pixels Sony IMX616 dan dibantu oleh kamera sudut lebar 8MP 105°.
Bateri
OnePlus Nord diisi dengan kapisiti bateri sebesar 4,115mAh, dengan sokongan pengecasan pantas Warp 30T yang mana 70% hanya mengambil masa 30 minit sahaja. OnePlus Nord tidak menyokong pengecasan pantas tanpa wayar seperti OnePlus 8 Pro.
 
Harga

Buat masa ini hanya beberapa negara terpilih yang di fokuskan oleh OnePlus iaitu India dan Euro. Dengan harga sekitar £399 (RM1,958) 8/128 dan £499 (RM2,449) 12/256. Namun, harga di India sedikit berbeza dengan Rs 27,999 (RM1,595) 8/128 dan Rs 29,999 (RM1,709) 12/256. Pasaran India dilihat lebih murah berbanding pasaran Euro.
OnePlus Nord akan mula dijual atas talian di Amazon dan Laman web rasmi OnePlus bermula 4 Ogos. Dan selepas itu ia boleh dibeli secara luar talian di mana-mana kedai fizikal OnePlus.

ARTIKEL BERKAITAN