Close

ASUS ROG Phone 3 akan dilancarkan pada 22 Julai ini

Bulan lalu, ASUS telah mengesahkan yang ROG Phone 3 akan dilancarkan sekitar bulan Julai. Namun, tiada tarikh yang tepat diberikan oleh ASUS. Dalam maklumat baru. ASUS mengatakan yang  ROG 3 akan dilancarkan pada 22 Julai ini.

ASUS telah merancang acara ‘ROG 2020 Game Changer’ untuk ROG 3. Dan ia akan dilancarkan pada tiga tempat berbeza iaitu Taiwan, Milan (Itali) dan New York (AS). Acara pelancaran ROG 3 hanya dibuat secara atas talian yang akan bermula pada pukul 11 ​​malam di Taiwan, jam 5 petang waktu tempatan di Itali, dan pada pukul 11:00 pagi di AS.

 Seperti yang didedahkan ASUS pada bulan Jun, ROG Phone 3 akan hadir dengan pengoptimuman permainan dari Tencent. Merujuk pada TENAA ROG Phone 3 menggunakan skrin AMOLED 6,59′ Full HD + dan mungkin menggunakan paparan 144Hz. Kamera hadapan13MP  dengan Tri kamera dibelakang. Cip pemproses SD865+ dan sokongan RAM sehingga 16GB512GB storan dalaman mungkin akan menjadi pilihan. Kapasiti bateri dianggarkan masih 5000mAh dengan sokongan pantas 30W.

ARTIKEL BERKAITAN