Close

ASUS ROG Phone 3 kini rasmi dengan harga sekitar RM4,324

Asus akhirnya melancarkan ROG Phone 3 secara rasmi. Dengan membawakan beberapa penambahan baru. Dan tidak boleh disangkal lagi bahawa Asus sentiasa serius dalam menghasilkan “Gaming Phone”.
 

ROG 3 adalah fon terawal menggunakan cip pemproses baru dari Qualcomm iaitu Snapdragon 865+. Peranti ini hadir dengan penawaran Ram sehingga 16GB dan storan 512GB. Menggunakan LPDDR5 dan UFS 3.1.
Bukanlah yang terawal yang menggunakan paparan 144Hz tetapi ROG 3 mempunyai 4 tetapan paparan iaitu 144Hz , 120Hz , 90Hz dan 60Hz. Terdapat mod Auto dalam menentukan paparan yang akan digunakan.
Saiz skrin 6.59 inci AMOLED FHD+ tanpa sebarang takuk, pasti memberikan kepuasan ketika bermain dan menonton kandungan multimedia. ROG 3 menyokong HDR10+ dan Warna Gamut DCI-P3.
Masih mengekalkan pengecasan pantas HyperCharge 30W dan juga kapasiti bateri 6,000mAh. Waktu Mengecas dari 0%-100% mengambil masa selama 97 Minit.
Menggunakan tiga kamera belakang dengan kamera utama 64MP, 13MP sudut lebar dan 5MP makro lens Dan satu sahaja kamera hadapan iaitu 24MP.
Demi mengekalkan lampu RGB Asus terpaksa melupakan pengecasan tanpa wayar. Rekaan ROG 3 kali ini nampak lebih kemas dan identiti ROG masih dikekalkan.
Ketiadaan bicu audio 3.5mm adalah satu kehilangan besar. Namun, jika anda menggunakan AeroActive Cooler 3 kehilangan itu dapat di atasi.
Asus mendakwa telah menaiktaraf Air Trigger mereka untuk memberikan pengalaman seperti menggunakan konsol. Asus menambah fungsi baru Swipe Up pada Air Trigger untuk menyokong dua arahan seperti L1 / L2 dan R1 / R2.
Asus ROG 3 menggunakan sistem penyejuk Game Cool 3. Yang mana ia menggunakan lapisan seperti “Sandwich” dan menggunakan heatsink yang 6 kali lebih besar dari ROG 2.
Aksesories baru ROG 3 juga hadir Antaranya Twin View Dock 3 , AeroActive Cooler 3 , Kunai Gamepad 3, Lightning Armor Case , Neon Case.
Asus ROG 3 bakal berada di pasaran di september ini dan anggaran harga adalah seperti  berikut -:
  • Asus ROG Phone 3: 12GB RAM, 512GB Storage — €999 ( RM 5,047)
  • Asus ROG Phone 3: 16GB RAM, 512GB Storage — €1,099 ( RM 5,948)
  • Asus ROG Phone 3 Strix Edition: 8GB RAM, 256GB Storage — €799 (RM 4,324)

ARTIKEL BERKAITAN