ASUS ROG Phone 3 yang bakal dilancarkan pada
22 julai ini, sah akan menggunakan cip pemproses baru iaitu Snapdragon 865+. Peranti ini pada mulanya dikatakan akan menggunakan Snapdragon 865.
Snapdragon 865+ adalah versi yang telah dinaik taraf dari versi Snapdragon 865.
Dalam satu video pendek yang telah dimuatnaik oleh akaun Twitter rasmi
ASUS ROG, menunjukkan yang ROG 3 sah akan menggunakan
Snapdragon 865+. Namun, video itu telah
dipadam oleh ASUS ROG 3 tidak lama selepas itu.
ROG 3 adalah
fon pertama yang akan menggunakan Snapdragon 865+, yang mana pada ketika ini semua fon kelas premium menggunakan Snapdragon 865.
CPU dan GPU bagi Snapdragon 865+ akan mempunyai peningkatan sebanyak
10 % pada kedua-duanya. Dengan clock speed sehingga
3.09GHz dan menggunakan GPU
Adreno 650.
Buat kaki games, Asus ROG adalah peranti yang sentiasa ditunggu-tunggu kehadiranya. Sama-sama kita nanti apa lagi yang dibawakan oleh Asus pada ROG 3.