Close

Bateri iPhone 12 akan lebih kecil dari iPhone 11

Pengguna sentiasa berharap setiap model baharu iPhone akan menyokong kapasiti bateri yang lebih besar dari iPhone sebelumnya. Untuk memberikan masa penggunaan yang lebih panjang. Namun, menurut laporan, iPhone 12 bakal menggunakan kapasiti bateri yang lebih kecil dari iPhone 11. 

Seperti yang telah tersebar di internet, model iPhone 12 bakal mempunyai empat variasi. Dengan iPhone 12 akan mempunyai dua variasi iaitu 5.4-inci dan juga 6.1-inci. Kapasiti bateri bagi iPhone 12 5.4-inci adalah sebesar 2,227mAh dan untuk 6.1-inci adalah 2,772mAh. Berbanding iPhone 11 yang mempunyai 3110mAh bateri.

Buat model iPhone 11, Apple dilihat menumpukan penawaran kapasiti bateri yang lebih besar untuk memberikan jangka hayat yang lebih lama. Di mana, iPhone 11 Pro max mempunyai kapasiti bateri 

3,969 mAh yang mana lebih besar dari iPhone 12 Pro Max dengan 3,687mAh sahaja.

Bagi membolehkan iPhone 12 menggunakan bateri bersaiz kecil elemen kecekapan tenaga perlu dititik beratkan . Di samping memberikan masa mengguna yang lebih panjang. Kesemua model iPhone 12 akan menggunakan skrin OLED, sokongan rangkaian 5G, RAM sehingga 6GB dan tiga kamera belakang.

ARTIKEL BERKAITAN