Dalam satu temubual, Carl Pei CEO kepada OnePlus memberitahu OnePlus Nord adalah sesuatu yang berbeza dari yang sebelumnya. Carl Pei menjelaskan lagi berkenaan visi mereka untuk peranti kelas pertengahan.
"Kini kami dapat mempunyai lebih banyak pengguna apabila menghasilkan peranti murah. Bukan hanya peminat teknologi, tetapi juga sebilangan besar pengguna lain yang sebelum ini tidak mampu membeli produk kami.
Sekiranya, OnePlus X adalah telefon eksperimental, OnePlus Nord adalah usaha Oneplus untuk menfokuskan lebih banyak pengguna melalui segmen harga yang lebih berpatutan, tetapi itu tidak bermakna produk kami akan membosankan. Kami mempunyai banyak perkara menarik dari segi produk dan aksesori."
OnePlus Nord yang belum dilancarkan, namun ia sudah habis semasa pra-tempahan pada tiga hari lepas.