![]() |
![]() |
Menurut Reuters, Apple berhasrat untuk memindahkan produksi mereka dari China ke India secara berperingkat, dan meningkatkan proses pembuatan di India. Dengan itu, Foxconn akan membantu Apple dalam memperluaskan kemudahannya yang terletak di Sriperumbudur. Yang mana, model iPhone XR sudah mula dipasang di sana.
Pelan perkembangan ini dijangka akan selesai dalam masa tiga tahun, dan ia membolehkan model iPhone lain dihasilkan di India. Reuters menambah lagi, Foxconn bakal menambah tenaga kerja lebih 6,000 disamping menambahbaik kemudahan di Sriperumbudur.
![]() |
Jika ia berjalan seperti dirancang, Apple akan menggunakan kemudahan Foxconn di India untuk mengeksport peranti mereka ke negara lain. Dengan tenaga kerja yang lebih murah di India dan pembekal yang semakin meningkat disana, India bakal akan menjadi Hab eksport bagi Apple. Dan Apple dikhabarkan akan membuka kedai atas talian di India tidak lama lagi.