Tindakan ini mungkin untuk memberi laluan pada Pixel 4A bagi menggantikan penjualan Pixel 3a dan 3a XL yang telah dihentikan penjualannya. Pixel 4a yang sepatutnya diumumkan pada bulan Mei, berkongsi pentas bersama Google I/O 2020 terpaksa ditangguhkan kerana pandemik COVID 19.
Pixel 3a dan 3a XL dilancarkan pada bulan Mei tahun lalu. Model 3a dan 3a XL menawarkan spesifikasi kelas pertengahan dan menfokuskan kemampuan kamera yang sama seperti Pixel 3 dan 3XL.