Close

Google Pixel 4a tertiris lagi di Google Store Kanada

Google Pixel 4a yang sepatutnya sudah berada dipasaran ketika ini, namun pandemik COVID-19 menjadikan pelancaran dan penjualan Pixel 4a terpaksa dilewatkan. Ura-ura berkaitan Pixel 4a telah lama tiris dilaman sesawang. Dari segi rekaan , speksifikasi, kamera dan lain-lain semua boleh dibaca dilaman sesawang.

Namun, Apa yang lagi menarik adalah. Google Store Kanada tanpa sengaja telah meletakkan gambar Pixel 4a pada iklan Nest WiFi. Dalam imej yang telah bocor itu, memperlihatkan rupa sebenar Pixel 4a berwarna hitam yang masih menggunakan satu kamera belakang sahaja, masih mengekalkan pengesan cap jari dibahagian belakang. Seperti model Pixel lain, Pixel 4a menggunakan butang kuasa berwarna hijau.
Dibahagian hadapan pula, Pixel 4a menggunakan kamera hadapan jenis Punch Hole disebelah kiri. Potongan bingkai juga dilihat agak nipis sama seperti pada model Pixel 4. Jika dilihat pada paparan skrin tertera 12 Mei, ia menguatkan lagi bahawa Pixel 4a sepatutnya dilancarkan pada waktu itu.

Ini mungkin teknik pemasaran daripada Google siapa tahu, Dan ini memberi petunjuk yang Pixel 4a akan dilancarkan tidak lama lagi. Sama-sama kita nantikan.

ARTIKEL BERKAITAN