Close

GoPro Hero 8 kini boleh dijadikan sebagai kamera web

Kebiasaannya kamera aksi kompak GoPro dijadikan sebagai kamera untuk aktiviti lasak, mahupun aktiviti beriadah. Namun dengan keadaan pandemik COVID-19, kebanyakan aktiviti adalah terhad dan membuatkan penggunaan kamera aksi kompak juga semakin kurang.
Pada pengguna Hero 8, kini GoPro telah memberi fungsi baharu untuk anda gunakan kamera tersebut dalam rumah untuk dijadikan sebagai kamera web yang buat masa ini hanya tersedia untuk macOS sahaja. Manakala sokongan untuk Windows pula sedang dibangunkan.
Cara penggunaan yang mudah, hanya cucuk melalui lubang USB dan sambungkan ke komputer anda untuk digunakan pada perisian seperti Zoom dan pelbagai lagi. Secara tidak langsung, ia boleh dijadikan alternatif kamera siap pasang komputer riba anda dengan kualiti lebih baik pada Hero 8.

ARTIKEL BERKAITAN