Laman web itu menyenaraikan OnePlus Nord warna biru dengan tanda harga RON 2,299 sekitar ~RM2,290 untuk versi 8/128 dan RON 2,754 iaitu sekitar ~RM2,745 untuk 12/256. OnePlus sebelum ini mengatakan yang OnePlus Nord akan dijual dengan harga bawah dari $500 (~RM2,136). Apa pun kita nantikan harga rasmi nanti.
Bahagian spesifikasi, OnePlus Nord menggunakan Snapdragon 765G, skrin 6.65' Super AMOLED. Tiga kamera belakang 64MP + 16MP + 2MP. Pengesan cap jari dibawah skrin dan kamera hadapan menggunakan jenis Punch Hole ditengah.
Dua variasi 8/128 atau 12/256, 4300mAh bateri, menyokong 5G dua sim dan tiada sokong pengecasan tanpa wayar. OnePlus Nord akan mula dijual pada 21 Julai ini, 2 minggu sahaja lagi kita akan dapat melihat rupa sebenar OnePlus Nord yang rasmi.