Close

Honda WR-V 2020 dilancarkan di India dengan harga bermula RM48,730

Baru-baru ini Honda baru sahaja melancarkan kereta berasaskan SUV yang dilihat lebih kompak berbanding HR-V mereka iaitu Honda WR-V 2020. Pada awalnya ia patut diperkenalkan pada bulan April lalu, namun disebabkan pandemik COVID-19, pelancarannya telah ditunda.
Dari segi paras rupa pada WR-V, ia cukup tampak garang dan masih mengekalkan identiti rekaan kereta Honda. Kereta ini didatangkan dengan rim bersaiz 16-inci, bumbung yang boleh dibuka untuk varian VX dan rel pad bahagian bumbung.
Pada bahagian dalam, terdapat juga infotainmen yang berasaskan Android Auto atau Apple CarPlay bersama ciri navigasi dan pelbagai tetapan media yang boleh disentuh. Bahagian keselamatan, WR-V dilengkapi dua bag udara hadapan, peringatan terhadap tali pinggang keledar, fungsi ABS dan EBD, dan pelbagai lagi.
WR-V terdapat 2 pilihan enjin iaitu yang pertama enjin 1.2 liter empat silinder SOHC i-VTEC petrol dengan kuasa sehingga 90 PS pada 6,000 rom dan tork 110 Nm pada 4,800 rpm bersama transmisi manual lima kelajuan dengan penggunaan bahan api sekitar 16.5 km/l.
Manakala variasi kedua dengan enjin 1.5 liter empat silinder i-DTEC turbodiesel dengan kuasa 100 PS pada 3,600 rpm dan tork 200 Nm bersama transmisi manual enam kelajuan dengan penggunaan bahan api sekitar 23.7 km/l.
Honda WR-V ditawarkan dengan harga bermula 849,900 rupee (~RM48,730) untuk varian SV (Petrol) dan SV (Diesel) dengan harga 979,900 rupees (~RM56,180). Manakala untuk varian VX i-VTEC pula berharga 969,900 rupees (~RM55,608) dan varian VX i-DTEC berharga 1,099,900 rupees (~RM63,076). Harga yang dipaparkan adalah harga jualan di India dan mengikut tukaran wang asing semasa.

ARTIKEL BERKAITAN