Close

Huawei bakal diharamkan di UK

Pada Januari tahun ini, Huawei telah memeterai perjanjian yang mana mereka bakal menjadikan pembekal 5G  di United Kingdom. Namun ia bakal berakhir dengan satu tamparan hebat buat Huawei apabila UK menyatakan yang mereka bakal mengharamkan infrastruktur 5G dari Huawei. Dan UK juga telah pun mengharamkan penyedia mudah alih mereka dari menggunakan infrastruktur 5G dari Huawei. 

Semua penyedia mudah alih di UK telah diarahkan untuk tidak membeli sebarang peralatan dari Huawei selepas 31 Disember. Dan bermula 2027, semua penyedia mudah alih perlu mengeluarkan semua peralatan rangkaian dari Huawei. Ia adalah tindakan drastik dengan tujuan keselamatan berikutan Amerika Syarikat mengatakan bahawa Huawei mengancam keselamatan negara.

Keputusan ini di beritahu oleh Setiausaha Digital Oliver Dowden. Dowden menambah lagi bahawa “Ia bukanlah keputusan yang mudah, tetapi ia adalah keputusan yang tepat untuk rangkaian telekomunikasi UK, Demi keselamatan negara dan ekonomi. Untuk masa sekarang dan masa-masa akan datang.

Dengan Keputusan ini, UK bakal menghadapi masalah kelewatan selama setahun untuk rangkaian 5G di negara meraka. Teknologi ini menjanjikan kepantasan dan menyokong lebih banyak peralatan tanpa wayar yang mana memberi kelebihan kepada peralatan yang menggunakan rangkaian.

(sumber)

ARTIKEL BERKAITAN