Close

Huawei P50 mungkin dikuasakan dengan cip pemproses Qualcomm Snapdragon

Taiwan Semiconductor Manufacturing Company (TSMC) yang merupakan pembuat cip bagi pengeluar berprofil tinggi seperti Apple dan Samsung, mengatakan yang mereka sudah tidak lagi menerima pesanan dari Huawei sejak 15 Mei.

Berikutan dari itu, ada kemungkinan yang Huawei P50 bakal menggunakan cip pemproses dari Qualcomm. Namun, Huawei Mate 40 masih menggunakan cip pemproses Kirin baru iaitu 1020 5nm yg dikatakan 50 peratus berkuasa dari 990.
Menurut laporan Huawei Mate 40 akan mempunyai 2 variasi iaitu Kirin dan satu lagi variasi mungkin akan menggunakan MediaTek. Dan ini menguatkan lagi bahawa Huawei P50 bakal menggunakan cip pemproses Snapdragon.
Huawei Mate 40 mempunyai 2 variasi adalah kerana pihak Huawei hanya membuat 8 juta pesanan cip dari TSMC yang mana penjualan bagi model Mate selalunya sekitar 10 Juta unit.
Selain itu, cip pemproses Exynos dari Samsung juga tersenarai cip yang bakal digunakan oleh Huawei. Ini adalah plan Huawei untuk masa yang akan datang.

ARTIKEL BERKAITAN