Imej
Samsung Galaxy Note 20 dan
Note 20 Ultra telah tersebar sekali lagi, kali ini melalui akaun twitter
Jimmy Is Promo. Merujuk pada imej yang telah dikongsi, Galaxy Note 20 dan 20 Ultra akan menggunakan Bezel yang
nipis disamping
skrin lengkung yang sama seperti siri S20.
Selain itu, Jimmy juga memberitahu yang mana kedudukan
S Pen dan Speaker akan diubah pada Galaxy Note 20 dan 20 Ultra.
Tidak ketinggalan
kedudukan kamera masih sama seperti siri S20. Dengan imej yang telah bocor, boleh dikatakan ia pasti produk akhir Samsung. Sama-sama kita nantikan kemunculan siri Galaxy Note 20.