Menurut ChagerLAB, kabel iPhone 12 Lightning to C akan menggunakan jenis Braided. Yang mana ia mempunyai ketahanan yang lebih dan jangka hayat penggunaan yang lebih panjang.
Sebelum ini, Apple menggunakan kabel jenis getah standard yang mana ia tidak mempunyai ketahanan yang baik dan pengguna sering menyatakan yang kabel jenis ini mudah rosak.
Apple tidak pernah menawarkan pilihan kabel jenis Braided pada iPhone mahupun iPad. Namun, mereka menawarkan kabel jenis Braided pada Thunderbolt Pro yang disertakan pada Mac Pro dan kabel kuasa untuk Homepod.
ChargerLAB adalah sumber yang boleh dipercayai, dan kabel jenis Braided ini akan menjadi standard baru bagi model iPhone 12.