Close

iPhone 12 Pro akan dilengkapi 6GB RAM dan iPhone 12 pula masih dengan 4GB RAM

Sebelum ini kita sudah dengar pelbagai ura-ura mengenai siri iPhone 12 yang akan hadir dengan 4 pilihan varian iaitu iPhone 12 (5.4-inci), iPhone 12 (6.1-inci), iPhone 12 Pro (6.1-inci) dan iPhone 12 Pro Max (6.7-inci).
Kini terdapat laporan dari Apple Insider bahawa iPhone 12 Pro/Max bakal hadir dengan 6GB RAM, naiktaraf dari iPhone 11 Pro yang hanya guna 4GB RAM. Namun, untuk versi iPhone 12 biasa ia masih akan mengekalkan 4GB RAM. 
Maklumat ini juga turut dipersetujui oleh Jon Prosser, individu yang sering tiriskan maklumat Apple sebelum ia dilancarkan. Selain itu, maklumat sebelum ini juga turut menyebut bahawa iPhone 12 mempunyai rekaan seperti iPad Pro dengan penambahan sensor LiDAR dan bingkai lebih nipis.
Apa yang pasti setakat ini, siri iPhone 12 bakal dikuasakan dengan cip pemproses A14 yang lebih berkuasa dan penggunaan yang lebih optimum. Apa pun, sama-sama kita nantikan pelancarannya yang dijangka akan diadakan pada September tahun ini.

ARTIKEL BERKAITAN