Close

iPhone X dilaporkan masih berfungsi selepas enam hari tenggelam di dalam laut

Ben Schofield yang bekerja sebagai Deckhand di sebuah muzium kapal Regal Lady. Memberitahu yang iPhone X miliknya telah terjatuh di dalam laut sedalam 15 meter dari pelabuhan. Ben meminta rakannya untuk menyelam dan mencari fon beliau namun ia menemui jalan buntu.

Namun, selepas enam hari, air laut mulai surut Ben berjaya menjumpai iPhone X miliknya semula dalam keadaan yang berlumpur dan masih berfungsi.  Ben bertindak membersihkan kotoran yang melekat dan membiarkan fon nya sehingga kering.

Enam hari di dalam laut ia masih mempunyai baki bateri sebanyak 3%. Ben mengecas dan mencuba kesemua fungsi fon nya, ternyata fon nya masih boleh digunakan seperti biasa. Ben menghubungi Apple dan menceritakan perkara tersebut malangnya mereka tidak percaya.

Apple berpendapat yang pasir telah menutupi kesemua lubang yang boleh dimasuki air dan menjadikan ia masih boleh digunakan. iPhone X dilancarkan pada 2018 dan iPhone X mempunyai keupayaan kalis air IP67. IP67 mempunyai ketahanan air sedalam 1 meter selama 30 minit.

(sumber)

ARTIKEL BERKAITAN