Close

Kamera realme C11 bukti fon kelas permulaan makin unggul

Bila sebut tentang peranti kelas permulaan, ramai yang beranggapan ianya akan mempunyai kamera yang teruk, kurang details dan warna yang dihasilkan tidak begitu baik. Pada model realme C11, ianya bakal merubah tanggapan yang kurang enak berkaitan kamera pada model kelas permulaan.

Kamera realme C11 hadir dengan dwi kamera, kamera utama menggunakan imej sensor bersaiz 13MP luas dengan f/2.2 bukaan. Dengan sokongan bukaan f/2.2 ia dapat menangkap cahaya yang cukup dan menjadikan gambar lebih jelas dan lebih terang.
Sebagai tambahan, realme C11 menyokong PDAF yang menjadikan fokus lebih pantas dan tepat. Dengan adanya fungsi ini, realme C11 mampu mendapatkan hasil gambar yang berkualiti.
Selain itu, kamera realme C11 juga mempunyai fungsi Zoom 4x membolehkan anda mengambil gambar yang jelas dari jarak jauh.

Gabungan dwi kamera belakang realme C11 ini menyokong fungsi potret. 

Dengan kehadiran kamera kedua ianya membantu untuk memberikan hasil potret yang tampak semulajadi dan menjadikan subjek lebih menonjol.Tidak kira jika digunakan pada subjek seperti , haiwan , tumbuhan dan juga manusia.
realme C11 menawarkan fungi mod malam. Fungsi yang sangat berguna bila anda berada pada keadaan kurang cahaya. Disini lah, kamera realme C11 menonjol. Hasil kamera realme C11 dengan fungsi mod malam boleh dikatakan antara yang terbaik dalam kelas permulaan.
Fungsi mod malam akan mengambil beberapa gambar dalam paparan yang berbeza, dan kemudian menggabungkannya kepada satu hasil dengan mengambil bahagian yang terbaik dalam setiap gambar. Dan hasilnya gambar akan menjadi lebih cerah dan jelas.
Jika anda mencari fon kelas permulaan dengan kamera yang mampu hasilkan gambar yang baik dalam mod malam ataupun siang, realme C11 adalah salah satu fon yang mampu memberi hasil yang mengagumkan untuk kelasnya.

Beli realme C11 melalui pautan ini dengan harga yang sangat berpatutan.

ARTIKEL BERKAITAN