Close

Kerajaan mungkin akan melaksanakan kembali PKP kerana kes yang makin meningkat

Saban hari ini kita boleh lihat kes positif COVID-19 di Malaysia mempunyai jumlah yang semakin meningkat dan ia bukan satu perkara yang baik untuk rakyat Malaysia kerana risiko jangkitan yang tinggi, lebih-lebih lagi ada individu yang masih berdegil dan tidak ikut SOP.
Menteri Kanan (keselamatan), Datuk Ismail Sabri Yaakob dalam satu kenyataan telah mengatakan bahawa kerajaan tiada pilihan lain jika kes positif COVD-19 semakin meningkat lebih 3 angka dengan melaksanakan semula Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Hatta, laporan dari Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) juga menunjukkan jumlah jangkitan yang semakin meningkat selama 4 hari berturut-turut. Apa yang lebih membimbangkan lagi adalah sambutan Hari Raya Aidiladha yang bakal diraikan tak lama lagi. Di mana dikhuatiri rakyat Malaysia tidak mengikut SOP yang telah diperintahkan oleh kerajaan.
Apa pun, harap rakyat Malaysia lebih prihatin dan peka tentang kes COVID-19 supaya jaga penjarakan sosial dan mengikut SOP supaya kita sama-sama dapat mengurangkan kes, sekaligus mencapai tahap sifar kes jangkitan di Malaysia.

ARTIKEL BERKAITAN