Close

Lenovo Legion Duel hadir dengan Snapdragon 865+ dan pengecasan pantas 90W – Harga bermula sekitar RM2,125

Lenovo akhirnya telah melancarkan peranti berasaskan permainan mudah alih (permua) terbaharu mereka iaitu Lenovo Legion Duel (Legion Pro di China) yang menjadi pencabar baharu ASUS ROG Phone, Black Shark dan Nubia Red Magic.
Menariknya, Legion Duel dijana dengan cip pemproses Snapdragon 865+ dan rangkaian 5G yang memberi 10% kuasa CPU dan GPU berbanding Snapdragon 865, memori 16GB RAM LPPDR5, storan sehingga 512GB bersama UFS 3.1, bateri sebesar 5000mAh bersama pengecasan pantas 90W yang mampu mengecas penuh dalam masa 30 minit sahaja.
Terdapat juga dua lubang pengecasan USB-C pada bahagian bawah dan sisi tepi peranti ini. Manakala pada bahagian hadapan, Legion Duel turut hadir dengan skrin AMOLED bersaiz 6.55-inci bersama paparan segar semula 144Hz, pengimbas cap jari di skrin dan 240Hz touch sensing
Legion Duel dilengkapi dengan kamera pop-naik 20MP pada bahagian tengah dan ia sememangnya satu fungsi yang unik kerana mudah untuk pengguna lakukan penstriman video semasa bermainan. Bahagian belakang, terdapat dwi-kamera 64MP utama dan 16MP ultra sudut lebar yang diletakkan pada bahagian tengah, bukan atas seperti kebiasaan peranti.
Fungsi lain yang terdapat pada Legion Duel termasuk fungsi pemicu untuk kawalan permainan lebih baik seperti AirTrigger ROG Phone 2, terdapat 4 mikrofon untuk rakaman suara yang baik, sambungan WiFi 6, sistem penyejukan dan sistem getaran Lenovo U-Engine.
Legion Duel hadir dengan dua pilihan warna iaitu Merah dan Biru. Mula dijual di pasaran China pada 5 Ogos ini dengan harga CNY 3,499 (RM2,125) untuk 8GB + 128GB. Terdapat juga model 12GB + 128GB dengan harga CNY 3,899 (RM2,368), 12GB + 256GB dengan harga CNY 4,199 (RM2,550) dan paling tinggi 16GB + 512GB dengan harga CNY 5,999 (RM3,643). Harga mengikut tukaran wang asing semasa.

ARTIKEL BERKAITAN