Close

OnePlus Buds hadir dengan tiga pilihan warna

Oneplus telah mengesahkan yang mereka bakal melancarkan True Wireless Earbuds (TWS) disamping pelancaran peranti mampu milik mereka iaitu OnePlus Nord.

Oneplus Buds merupakan TWS yang pertama dikeluarkan oleh OnePlus. Dua jenis finishing digunakan iaitu Matte dan juga Glossy. Rekaan yang mempunyai sentuhan asli dari OnePlus dengan pelindung yang bulat dibahagian bawah dan rata di bahagian atas.
Tiga pilihan warna bagi OnePlus Buds ialah hitam, putih dan juga biru. Warna yang paling menarik ialah biru kerana rekaan dalamannya yang berwarna hijau dan ianya pasti warna pilihan ramai. Terdapat lampu indikator di bahagian depan.
Tidak banyak info yang didedahkan berkenaan OnePlus Buds. Dengan hari pelancaran yang semakin hampir kita bakal melihat OnePlus Buds dan OnePlus Nord secara rasmi tidak lama lagi.

ARTIKEL BERKAITAN