Close

OnePlus Nord dilaporkan mempunyai permasalahan pada skrin


OnePlus Nord merupakan peranti kelas pertengahan dari OnePlus yang baru dilancarkan pada minggu lepas. Namun terdapat laporan yang mendakwa OnePlus Nord menghadapi masalah skrin jika menggunakanya pada kecerahan yang rendah.
Sebilangan pengguna melaporkan jika ia tetapkan pada kecerahan 25% kebawah, skrin akan bertukar warna kekuningan atau kehijauan. Dan ia bukan perkara yang normal, memandangakan OnePlus 8 Pro juga pernah menghadapi masalah yang sama.

Masalah ini muncul apabila mod kecerahan automatik digunakan. dan jika menggunakan kecerahan secara manual masalah ini tidak dikesan. Namun, masalah ini dapat diatasi jika menggunakan kecerahan 60% ke atas namun ia bukan penyelesaian yang kekal.

Perkara ini juga terjadi kepada dua unit ulasan 9to5Google. OnePlus mendakwa, perubahan warna itu terjadi kerana sifat paparan itu sendiri (AMOLED) dan ia bukan masalah kualiti dan tidak menganggu penggunaan harian atau ketahanan skrin.

Sebelum ini, OnePlus telah menyelesaikan masalah yang sama pada OnePlus 8 Pro dengan mengehadkan kecerahan paparan dan ini mungkin akan dilakukan pada OnePlus Nord.

(sumber)

ARTIKEL BERKAITAN