Close

OPPO akan memperkenalkan pengecasan pantas 125W di China

Jika sekarang, pengecasan paling pantas yang ada pada telefon pintar adalah sehingga 65W untuk pasaran rasmi, malah terdapat juga pengecasan 120W dari realme yang mampu mengecas dari 0-100% dalam maa 3 minit sahaja, 120W dari VIVO dan 100W dari Xiaomi yang pernah dilaporkan, namun tidak rasmi untuk telefon di pasaran.
Kini OPPO mengumumkan bahawa syarikat itu bakal memperkenalkan pengecasan pantas 125W Super Flash Charge pada 15 Julai ini di China yang sekaligus akan menjadikan pengecasan terpantas jika ia rasmi untuk pasaran telefon pintar. Jika realme Super Dart 120W mampu mengecas penuh dalam masa 3 minit, OPPO 125W mungkin lebih singkat dan pantas!
Setakat ini OPPO tidak mendedahkan maklumat lanjut tentang teknologi pengecasan ini dan sama-sama kita nantikan pada 15 Julai ini. 

ARTIKEL BERKAITAN