Close

Perkara yang anda perlu tahu mengenai Snapdragon 865+

Skrip sama seperti tahun lalu, Qualcomm mengumumkan cip pemproses versi baru Snapdragon 865 yang dinamakan sebagai Snapdragon 865+. Cip pemproses baru ini memberikan peningkatan kuasa secara menyeluruh berbanding Snapdragon 865.

Qualcomm akhirnya menggunakan clock speed lebih dari 3.0GHz iaitu 3.1GHz pada Snapdragon 865+. Menggunakan Prime Kryo 585 Core, Snapdragon 865+ mampu mencapai sehingga 3.1GHz dengan menawarkan peningkatan prestasi CPU sehingga 10%. Dan GPU Adreno 650 pula menawarkan 10% kepantasan rendering grafik berbanding Snapdragon 865. Namun, Qualcomm masih belum mendedahkan kelajuan sebenar clock speed bagi GPU ini.

Snapdragon 865+ juga dilengkapi dengan teknologi Qualcomm FastConnect 6900, teknologi ini menambah kemampuan sokongan WiFi 6GHz (WiFi6E), dan Dual Band Simultan (DBS) 4-chanel. Ia juga ia menyokong kepantasan WiFi sehingga 3.6Gbps, yang mana ia adalah WiFi mudah alih yang terpantas di industri ketika ini. Snapdragon 865+ masih menggunakan modem X55 untuk rangkaian 5G.
Qualcomm mengesahkan yang Snapdragon 865+ adalah cip pemproses masa depan yang menyokong kemaskini GPU melalui Google Play Store. Yang mana cirinya boleh dikemaskini dengan penambahan seperti sokongan paparan 144Hz, rakaman video 8K, kamera 200MP, sokongan 5G yang komprehensif (mmWave dan sub-6GHz), dan juga pengecasan pantas QC 4 Plus.
Asus dan Lenovo adalah dua pengeluar pertama yang menggunakan cip pemproses Snapdragon 865+ pada peranti mereka, dengan ROG Phone 3 akan datang pada akhir bulan ini. Lenovo juga akan memasuki industri permainan telefon pintar dengan pelancaran Lenovo Legion, yang dijadualkan pada akhir suku ini.

ARTIKEL BERKAITAN