POCO baru sahaja melancarkan peranti baru mereka di
India. Model baru yang di beri nama
POCO M2 Pro. M2 Pro adalah nama baru bagi lineup model POCO. Ia merupakan peranti jenis
kelas pertengahan.
Model
M2 Pro ini secara asalnya adalah model
Xiaomi Redmi Note 9 Pro yang telah diberikan sedikit sentuhan lain dan diberi nama M2 Pro. M2 Pro menawarkan
rekaan yang premium dengan
harga yang
kompetitif. M2 Pro di datangkan dengan cip pemproses
Snapdragon 720G, RAM
4GB atau 6GB LPDDR4 dan storan
UFS 2.1 64 atau 128GB. Saiz skrin LCD
6.67' FHD+ dengan sokongan konten
HDR10. M2 Pro menggunakan binaan kaca
Gorilla Glass 5 depan dan belakang .
Mengunakan punch hole
kamera dibahagian hadapan dengan sensor
16MP, Pengesan
cap jari diletakkan bersama dengan
butang kuasa. Dibahagian belakang mempunyai 4 kamera dengan kamera utama
48MP ,
8MP Ultrawide,
5MP Macro dan
2MP Depth.
Peranti ini dilengkapi dengan kapasiti bateri yang besar iaitu
5000mAh bersama sokongan pengecasan pantas
33W yang
disertakan di dalam kotak. Poco mengatakan yang
50% bateri hanya mengambil masa
30 minit pengecasan. M2 Pro masih mengekalkan
bicu audio 3.5mm dan
IR Blaster.
Poco M2 Pro akan mula dijual di India pada
14 Julai dengan tanda harga bermula sekitar
RM799 (Rs. 13,99) untuk model
4/64,
RM855 (Rs. 14,99)
6//64 dan
RM962 (Rs.16,99)
6/128. Model ini akan mempunyai
3 pilihan warna.
(
sumber)