Close

Proton Saga Edisi Khas ulang tahun ke-35 diperkenalkan dengan harga RM39,300 dan terhad 1,100 unit

Proton hari ini telah perkenalkan Proton Saga terbaharu mereka sempena ulang tahun ke-35 model Saga sejak ia mula diperkenalkan pada tahun 1985. Sepanjang tempoh 35 tahun Proton Saga, sebanyak 4,150,035 unit sudah terjual dan ia sememangnya satu jumlah yang banyak!
Menariknya dengan Proton Saga Edisi Khas ini, ia didatangkan dengan warna hitam gabungan warna kuning pada luaran dan juga pada bahagian dalam. Jika dilihat dari rekaannya, ia masih sama seperti model Proton Saga terkini, cuma ia dilengkapi dengan penambahan aksesori yang bernilai RM2,035.
Jika anda berniat untuk menggunakan aksesori ini, Proton Saga 2019 juga turut boleh beli secara berasingan. Selain itu, pada bahagian dalam juga. kereta ini turut dilengkapi penapis kabin N95 yang dapat memberi udara lebih segar dalam kereta bersama kemasan kuning pada panel kabin.
Harga yang ditawarkan adalah bernilai RM39,300 dan terhad pada 1,100 unit sahaja. Pembelian bermula hari ini melalui penjual Proton ataupun secara dalam talian. 

ARTIKEL BERKAITAN