Close

realme X50 Pro 5G – Fon dengan kepantasan dan spesifikasi yang luar biasa pada harga yang sangat berpatutan!


realme X50 Pro 5G akhirnya memasuki pasaran malaysia secara rasmi. Ia adalah penyambung legas bagi model realme X2 Pro.

Model ini telah dipersiapkan dengan speksifkasi yang paling terkini yang anda boleh dapatkan di pasaran tempatan. Dalam perkongsian kali ini, saya akan kongsikan apa yang menarik dengan realme X50 Pro 5G yang menjadi sebab anda perlu dapatkannya.

Paparan

realme X50 Pro 5G hadir dengan skrin bersaiz 6.44-inci Super AMOLED. Dan fungsi wajib ada bagi kelas premium iaitu paparan 90Hz. Nisbah skrin bagi realme X50 Pro 5G ialah 20:9 dengan sokongan FHD+ 1080P, dan menggunakan teknologi E3 luminescent. 

Fungsi lain yang disokong oleh skrin X50 Pro 5G adalah HDR10+, 1000 nits, 100% DCI-P3 dan warna gamut NTSC 105%. Dengan keupayaan teknologi skrin yang terkini paparan X50 Pro 5G dapat memberikan warna yang cantik dan pengalaman yang mengujakan semasa menggunakan peranti ini.

Sensor cap jari dalam paparan pada realme X50 Pro 5G juga telah dipertingkatkan sebanyak 40% dengan kelajuan membuka sekitar 0.27 saat. Ia adalah bukaan fon terpantas yang ada di pasaran sekarang. Peningkatan keselamatan juga ditambah baik dengan menggunakan G3.0 yang mana ia meningkatkan keselamatan dan ketepatan pengecaman cap jari.

Prestasi 

realme X50 Pro 5G dikuasakan dengan spesifikasi paling terkini dengan cip pemproses Snapdragon 865. Kemampuan yang telah ditambah sebanyak 25% .Tidak cukup dengan itu, grafik rendering juga telah dipertingkatkan sebanyak 25%, dan 30 % untuk penggunaan kuasa. Menjadikan penggunaan kuasa lebih efisien.

12GB RAM dengan teknologi LPDDR5 juga turut dimuatkan dalam peranti ini. Secara teorinya LPDDR5 adalah 2 kali ganda lebih padu dari LPDDR4. LPDDR5 adalah 29% lebih pantas dengan pengunaan kuasa yang lebih rendah 20% berbanding LPDDR4X. Dengan penawaran ini, kerja berat dapat dibuat tanpa sebarang masalah lengah masa.

Untuk bahagian storan dalaman, UFS 3.0 menjadi taruhan realme dengan menggunakan teknologi yang diberi nama Turbo Write dan Host Performance Booster (HPB) . Fungsi Turbo Write memberikan Write Speed sehingga 730MB hingga 760MB sesaat. Dan HPB pula membolehkan Read Speed dilakukan pada kelajuan  1700MB hingga 1900MB sesaat.

Pengecasan dan bateri

realme adalah pengeluar yang menitikberatkan tentang waktu pengecasan. Dengan itu realme X50 Pro 5G menyokong pengecasan pantas 65W SuperDart Flash Charge yang mampu mengecas bateri sebesar 4200mAH dalam masa 30 minit sahaja. Cukup pantas untuk sesebuah telefon !

Jika anda mengecas ketika bermain permainan, SuperDart mampu mendapatkan 57% dalam masa 30 minit. SuperDart juga menyokong teknologi pengecasan yang lain seperti 18W QC/PD dan VOOC 30W 4.0 Flash Charge dan menjadikan SuperDart teknologi pengecasan yang versatile.

Rangkaian 5G

Seperti yang kita tahu peranti ini menyokong rangkaian 5G. Dan Untuk memastikan yang sambungan 5G sentiasa stabil realme meletakkan 12 antena pada realme X50 Pro 5G yang mana ia bertujuan untuk memastikan rangkaian 5G sentiasa stabil dan  kuat. Dan realme X50 Pro 5G  mempunyai antena disekeliling body yang dipanggil 360°surround antenna. 

Kamera

Salah satu perkara menarik yang ada pada realme X50 Pro 5G adalah kameranya. Peranti ini hadir dengan penawaran empat kamera belakang, Kamera utama peranti ini adalah 64MP dengaan sensor Samsung ISOCELL GW1. 


Sensor ini meningkatkan hasil kualiti gambar dan juga resolusi pada imej yang diambil. Walaupun dalam keadaan kurang cahaya Imej yang dihasilkan tetap mempunyai details yang padu.

Kamera 13MP realme X50 Pro 5G menyokong 2x Hybrid Optical Zoom, 5x Optical Hybrid  Zoom dan 20x Digital Zoom. Kamera Ultra sudut lebar pula menggunakan 8MP dengan kemampuan keluasan 119°.

Kamera 2MP ialah Lensa Potret B&W, ia membantu kamera utama dalam menaikkan kontras imej serta memberikan kesan retro dalam imej sekaligus memberikan hasil yang lebih baik. 32MP kamera hadapan menyokong 80° Ultra Wide dan bagi 8MP pulan menyokong 105° Super Wide Angle.

Penambahan fungsi mod malam baru yang diberi nama Nightscape 3.0, Ia adalah mod yang ditambahbaik dari versi sebelumnya. Mod ini juga boleh digunakan pada semua kamera, utama, ultrawide, dan zoom. Pada Nightscape 3.0 penambahan dua fungsi iaitu Tripod Mod dan Ultra Nightscape Mod.

Rekaan

realme X50 Pro 5G mempunyai reka bentuk yang agak nipis dengan skrin tanpa bingkai, binaan belakang mengunakan kaca dengan rekaan melengkung bersama ketahanan Corning Gorilla Glass 5 yang mampu bertahan dari penggunaan yang lasak.

Dengan rekaan dan ketahanan yang digunakan pada realme X50 Pro, ia menjadikan peranti ini selesa bila dipegang dan berat realme X50 Pro 5G  hanya 205 gram sahaja. Peranti ini beratnya lebih tertumpu dibahagian tengah bawah.

Bagi anda yang berminat, realme X50 Pro ditawarkan dengan dua pilihan warna yang memukau dan tampak premium iaitu Rust Red dan juga Moss Green.


Peranti realme X50 Pro 5G ini adalah peranti realme yang terbaik buat masa ini. Dengan penawaran dan speksifikasi yang dibawanya ia sebaris peranti kelas premium yang lain.

Penambahbaikkan dari generasi yang dulu, menunjukkan realme mengambil serius setiap inci peranti mereka.  realme X50 Pro 5G akan mula dijual pada 7 julai dengan tanda harga RM2,999 bagi variasi 12GB+256GB. Klik di pautan ini untuk beli.

ARTIKEL BERKAITAN