Close

realme X50 Pro 5G kini rasmi di Malaysia – Harga RM2,999 untuk 12GB RAM dan 256GB

realme Malaysia hari ini telah mengumumkan peranti kelas atasan terbaharu mereka iaitu realme X50 Pro 5G yang dijana dengan cip pemproses Snapdragon 865, rangkaian 5G, pilihan memori sehingga 12GB RAM LPDDR 5 dan 256GB storan UFS 3.0.
X50 Pro dilengkapi dengan skrin Super AMOLED bersaiz 6.44-inci FHD+ bersama paparan 90Hz yang bertakuk punch-hole, bateri sebesar 4200mAh bersama pengecasan pantas Super DART 65W, pembesar suara stereo dan tiada bicu audio 3.5mm.
Bahagian kamera, peranti ini hadir dengan kuad-kamera 64MP utama, 12MP telefoto, 8MP ultra sudut lebar, dan 2MP depth bersama keupayaan zum sehingga 20x kali. Manakala bahagian hadapan, mempunyai dwi-kamera swafoto 32MP utama dan 8MP ultra sudut lebar. 
Untuk pasaran Malaysia, realme X50 Pro 5G ditawarkan dengan harga RM2,999 untuk 12GB RAM + 256GB storan dan ia boleh dibeli bermula 7 Julai melalui Lazada (Klik pautan ini untuk beli). Manakala jika anda berniat untuk beli pada penjual yang sah diluar, anda boleh beli bermula 11 Julai ini.
Buat masa ini terdapat satu varian sahaja dan tiada varian yang lebih rendah. Video pandang pertama, boleh tonton :

ARTIKEL BERKAITAN