Close

Rekaan awal Google Pixel 5 bocor – Kembali dengan skrin bertakuk?

Ura-ura Peranti Google yang baru iaitu Google Pixel 5 telah bocor di internet. Gambar case Pixel 5 yang dikongsikan oleh Slashleaks memberikan gambaran awal mengenai rekaan Pixel 5. 

Jika dilihat dari gambar yang telah bocor, Pixel 5 masih menggunakan pengimbas cap jari dibelakang berbeza dengan model Pixel  4 yang menggunakan Face ID. Kedudukan pengimbas cap jari juga sama seperti model Pixel 3XL. Peranti kelas atasan lain sudah lama menggunakan pengimbas cap jari bawah skrin pada model mereka.
Apa yang menarik, terdapat potongan bicu audio pada gambar casing yang bocor. Ianya sedikit meragukan, kerana Google telah lama membuang bicu audio pada model mereka. Dan bicu audio sukar ditemui pada peranti kelas atasan.
Masih terlalu awal untuk kita merumuskan bagaimana rekaan Pixel 5 bila dilancarkan kelak. Sama-sama kita nantikan.

ARTIKEL BERKAITAN