Close

Samsung akan ikut jejak Apple buang pengecasan dalam kotak jualan?

Sebelum ini mungkin kita pernah dengar laporan bahawa Apple tidak akan bagi pengecasan dalam kotak jualan. Menurut sumber dari ETNews, Samsung sedang membincangkan untuk tidak memberikan pengecasan di dalam kotak jualan. Samsung tidak meletakkan pengecasan adalah kerana ingin mengurangkan kos disamping berfikiran bahawa pengguna sudah mempunyai pengecasan mereka sendiri.

Tidak meletakkan pengecasan di dalam kotak jualan adalah satu langkah besar, namun Samsung bukanlah yang pertama yang mempertimbangkan perkara ini.  Kerana Apple mungkin yang pertama akan melakukanya pada model IPhone 12 mereka pada tahun ini.

Dengan tidak memberikan pengecasan di dalam kotak mungkin dapat mengurangkan kos, sekaligus dapat menurunkan kos penjualan dan dapat membuat kotak fon akan lebih kecil. Selain itu, ia dapat mengurangkan bilangan pengecas yang tidak digunakan dan dibuang oleh pengguna.

Tidak pasti ia adalah satu langkah bijak atau lebih kepada keuntungan pada sebelah pihak sahaja. Yang pasti Apple akan tetap meneruskan usaha mereka untuk tidak meletakkan pengecasan di dalam kotak.

ARTIKEL BERKAITAN