Close

Snapdragon 875 membuatkan peranti kelas premium akan datang semakin mahal

Peranti kelas premium tahun ini dilihat menerima sedikit kenaikkan harga. Berbanding dengan tahun sebelumnya. Perkara ini, dijangkakan akan berterusan berlaku pada peranti baru kelas premium. Telefon pintar baru sentiasa hadir dengan speksifikasi tertinggi dan ianya pasti dengan tanda harga yang tinggi. Xiaomi dan Oneplus antara pengeluar telefon yang sentiasa memberikan tanda harga yang munasabah pada peranti kelas premium mereka.

Namun, ura-ura kenaikkan harga cip pemprores premium Qualcomm sedang hangat diperkatakan. Terdapat kenaikan ketara dalam harga cip pemproses premium tahun ini. Sebab utama adalah harga cip pemproses SD865 dilengkapi dengan modem 5G menjadikan cip pemproses ini lebih mahal. Bandingkan harga antara Xiaomi Redmi K20 Pro dan K30 Pro. Menurut IT Home, harga SD865 adalah di antara $150 hingga $160.

Harga kos bagi cip pemproses SD875 dianggarkan sekitar $250, ianya $100 lebih mahal berbanding cip pemproses SD865. Kita boleh menjangkakan bahawa peranti kelas premium akan datang pasti akan menerima peningkatakan harga.

Cip pemproses SD875 masih belum rasmi, ura-ura SD875 akan menggunakan susunan teras 1 + 3 + 4. Menggunakan teras ARM Cortex X1 dan teras Cortex A78. Cortex X1 dan Cortex A78 mempunyai peningkatan prestasi sehingga 30% dan 20%, berbanding teras Cortex A77.

ARTIKEL BERKAITAN