Close

Apple bakal hilang 95% pengguna jika WeChat dikeluarkan dari App Store

Melalui satu tinjauan perkhidmatan Weibo yang meminta pengguna memilih WeChat atau iPhone yang setakat ini telah menerima lebih dari 1.2 Juta respon. Dengan 95% pengguna sanggup menukar peranti mereka jika WeChat dikeluarkan dari iPhone.


Tinjaun ini dibuat adalah disebabkan perintah eksekutif oleh Donald Trump yang melarang syarikat dari Amerika Syarikat melakukan transaksi dengan pemilik WeChat iaitu Tencent.

Larangan itu akan memaksa pengguna untuk beralih dari iPhone ke jenama lain kerana WeChat merupakan aplikasi terpenting di China. WeChat yang mempunyai lebih dari satu bilion pengguna, dan merupakan satu-satunya aplikasi terpenting di China. WeChat bukan sahaja aplikasi tetapi ia adalah sistem.

“Tanpa WeChat, iPhone dilihat sebagai sampah elektronik mewah“, kata penduduk Hong Kong.
Selain Apple, Disney, Ford, Intel, Morgan Stanley, UPS, dan Walmart juga bakal terkesan dengan perkara ini.

(sumber)

ARTIKEL BERKAITAN