Close

Apple bakal lancar kedai atas talian di India bulan hadapan

 

Apple telah lama berada di pasaran India. Namun, penjualan produk Apple disana adalah melalui pihak ketiga. Dan tidak lama lagi perkara itu akan berubah kerana Apple mengesahkan yang mereka akan membuka kedai fizikal mereka sendiri di India pada 2021.

Walaubagaimanapun, Apple akan membuka kedai atas talian terlebih dahulu sebelum membuka stor fizikal. Menurut laporan, Apple bakal melancarkan kedai atas talian seawal bulan hadapan.

Sebelum ini, Apple terpaksa bergantung kepada penjual pihak ketiga untuk di India kerana sekatan pemerintah yang tidak membenarkan syarikat bukan India. 

Apple mengesahkan bahawa stor rasmi mereka terletak di Mumbai di Kompleks BKC. Apple telah membeli 25,000 kaki persegi ruang di Maker Maxity Mall, Mumbai. Apple juga dalam proses untuk menjadi India sebagai salah satu pengeluar selain China.

(sumber)

ARTIKEL BERKAITAN