Close

Apple buang Epic Games dari App Store

Isu di antara Apple dan juga Epic Games akhirnya berakhir tragis apabila Apple bertindak membuang terus Epic Games dari App Store.

Pihak Apple telah mengesahkan perkara ini. Fortnite tidak lagi tersedia pada iPhone mahupun iPad walaupun pengguna pernah memuat turunya sebelum ini. Ia termasuk satu lagi permainan dari Epic Games yang turut dibuang iaitu Infinity Blade.
Apple menyatakan, yang mereka kecewa kerana terpaksa menamatkan kerjasama dengan Epic Games.  Mahkamah meminta agar Epic mematuhi garis panduan App Store sementara kes berjalan.
Namun, Epic Games tetap berdegil dengan memberi kemaskini yang melanggar garis panduan App Store.
Keputusan membuang Epic Games telah dibuat pada hari jumaat. 
Epic Games tidak lagi boleh memberi kemaskini Fortnite melalui aplikasi atau melalui akaun developer Epic Games. Tetapi pengguna yang telah memuat turun sebelum ini masih boleh bermain permainan tersebut.

ARTIKEL BERKAITAN