Awal tahun lalu,
BlackBerry dan
TCL mengesahkan yang mereka sudah
berpecah. Dengan perpecahan itu, TCL tidak lagi melancarkan atau menghasilkan peranti baru di bawah nama BlackBerry.
Dan kini, BlackBerry bakal membuat kemunculan semula. Blackberry bakal berkerjasama dengan
Onward Mobility yang merupakan syarikat penyelesaian keselamatan merangkap
pemegang lesen BlackBerry. Mereka telah mengumumkan bahawa mereka bakal melancarkan
BlackBerry 5G pertama
tahun depan.
Onward Mobility mengatakan bahawa fon baru meraka "sangat selamat" dan akan menawarkan "rangkaian penyelesaian keselamatan end-to-end". Selain itu, BlackBerry 5G akan mengekalkan butang fizikal yang merupakan ikonik kepada jenama BlackBerry.
(sumber)