Close

Dapatkan realme C11 dengan harga RM399 sempena bulan kemerdekaan

Sempena menyambut bulan kemerdekaan Malaysia ke-63, realme Malaysia menawarkan realme C11 dengan harga RM399 untuk 2GB RAM + 32GB dan RM449 untuk 3GB + 32GB. Bagi anda yang tercari-cari fon kelas permulaan yang berpatutan, realme C11 adalah pilihan terbaik.

Dari segi spesifikasi, ia dilengkapi dengan bateri sebesar 5000mAh yang menjanjikan ketahanan bateri yang lama untuk penggunaan harian anda. Selain itu, C11 juga memberi kepuasan dari segi paparan untuk menonton video dengan skrin bersaiz 6.5-inci Mini-drop.

Jika anda mahukan kamera yang cantik, realme C11 juga turut dilengkapi dengan dwi-kamera 13MP AI yang mempunyai fungsi mod malam (Nightscape) untuk fon kelas permulaan. Dengan C11 juga, anda akan dapat merasa rekaan yang tampak premium dengan warna yang mengiurkan.

Promosi ini bermula 22 Ogos sehingga 31 Ogos untuk pembelian di kedai fizikal dan pembelian dalam talian (online) bermula 28 Ogos ini sehingga 31 Ogos. Ketahui lebih lanjut melalui Facebook rasmi realme Malaysia.

ARTIKEL BERKAITAN