Close

Epic Games buat tuntutan kepada Google kerana anti kompetitif


Epic Games, pencipta kepada permainan Battle Royale Fortnite telah membuat tuntutan ke atas Google kerana membuang Fortnite, selepas beberapa jam Fortnite dibuang dari Play Store. Tuntutan anti kompetitif telah dibuat ke atas Google dan Android.

Sama seperti tuntutan Epic Games kepada Apple. Namun, serangan lebih keras dilakukan oleh Epic Games ke atas Google dengan menggunakan motto yang pernah digunakan oleh Google Iaitu “Don’t Be Evil”.

Epic Games turut mendakwa Google bersifat monopoli. Google telah memaksa OnePlus untuk menolak perjanjian yang mana peranti OnePlus didatangkan dengan “Epic Games Store” secara terbina yang dapat memuat turun dan mengemas kini permainan seperti Fortnite.

Tujuan utama Epic Games adalah menuntut peluang untuk membawa masuk “Epic Games Store” di Android dan iOS dengan cara yang boleh diterima dan bersaing secara sihat tanpa memaksa pemaju permainan dan aplikasi untuk menyerahkan 30 %  hasil pembelian dalam aplikasinya.

Epic Games mahu bersaing dengan Google dan menawarkan lebih banyak inovasi dan lebih banyak pilihhan kepada pemaju termasuk dalam hal pembayaran. 

(sumber)

ARTIKEL BERKAITAN