Close

Fortnite dibuang dari App Store dan Play Store kerana melanggar polisi

 

Permainan Battle Royale popular iaitu Fortnite mobile telah dibuang dari App Store dan juga Play Store.  Apple dan Google membuang permainan itu adalah kerana Epic Games telah melanggar polisi yang telah ditetapkan oleh mereka.

Epic Games telah memperkenalkan Fortnite Mega Drop, potongan tetap untuk V-bucks dan pembelian lain-lain sehingga 20%. Namun perkara yang bertentang dengan polisi Apple dan Google adalah pilihan pembayaran secara terus kepada mereka dan tidak melalui App Store dan Play Store. Oleh kerana itu, Apple dan Google telah bertindak membuang Fortnite dari pada App Store dan Play Store.

Sementara Fortnite tiada di App Store dan Play Store ia masih boleh dimuat turun di laman web Epic Games.

(sumber)

ARTIKEL BERKAITAN