Close

Google Pixel 5 akan dikuasakan dengan Snapdragon 765G dan 8GB RAM

 

Google Pixel 4a (5G) dan Pixel 5 adalah peranti yang akan dilancarkan oleh Google pada tahun ini. Dan khabar angin ada mengatakan bahawa Pixel 5 bukan peranti kelas atasan. Sebaliknya adalah peranti kelas pertengahan yang premium.

Penanda aras AI telah mengesan peranti Google Pixel 5 dengan menggunakan cip pemproses Snapdragon 765G. Sekaligus menjawab persoalan dimana Pixel 5 adalah satu lagi peranti kelas pertengahan dari Google yang turut dilengkapi rangkaian 5G.

Google Pixel 5 akan digabungkan dengan 8GB RAM dan merupakan peranti pertama dari Google yang hadir dengan penawaran rangkaian 5G dan juga peranti pertama Google yang menggunakan 8GB RAM. Malangnya, untuk speksifikasi lain bagi Google Pixel 5 tidak dapat di pastikan.

Google dikatakan akan melancarkan Google Pixel 4a (5G) dan Pixel 5 pada bulan Oktober. Dan kedua-dua model ini dijangka akan memasuki pasaran menjelang tahun ini. Jika Pixel 5 kelas pertengahan, Pixel 5 XL dijangka adalah kelas atasan. Apa pendapat anda?

(sumber)

ARTIKEL BERKAITAN