Close

Google Pixel 5 – Snapdragon 765G, 8GB RAM, kamera sudut lebar, dan paparan 90Hz

 

Google Pixel 5 merupakan peranti Google seterusnya yang akan dilancarkan tahun ini dan sedang hangat diperkatakan. Selepas dari imej Pixel 5 yang bocor, kali ini speksifikasi yang digunakan Pixel 5 pula bocor.

Dari segi spesifikasi, Pixel 5 akan menggunakan skrin bersaiz 6 inci OLED panel dengan sokongan paparan 90Hz. Ia merupakan saiz skrin di tengah-tengah antara Pixel 4 dengan 5.7 inci dan Pixel 4XL 6.3 inci. Pixel 5 mungkin akan menggunakan bezel yang nipis atas dan bawah. Paparan 90Hz adalah sama seperti pada model Pixel 4.  Untuk resolusi Pixel 5 masih menjadi tanda tanya, adakah  akan menggunakan FHD+ atau QHD.

 

Untuk speksifikasi dalaman, Pixel 5 mungkin akan menggunakan SD765G, namun ia masih tidak dapat dipastikan. Pixel 5 bakal menggunakan 8GB RAM mungkin LPDDR4X yang mana Pixel 4 dan 4a menggunakan 6GB RAM. Storan akan menggunakan 128GB dgn UFS 2.1 atau yang teknologi yang lebih terkini.

Selain itu, Pixel 5 akan menggunakan kapasiti bateri 4000mAh. dan Google akhirnya menggunakan kamera sudut lebar pada peranti mereka. Pixel 5 juga akan menyokong pengecasan tanpa wayar 15W Qi dan juga 5W untuk Reverse wireless Chager.

Harga jualan Pixel 4a dianggaran $499 (RM2,085) dan untuk Pixel 5 masih tidak diketahui. dua peranti ini akan akan di pasarkan di United States, Canada, the United Kingdom, Ireland, France, Germany, Japan, Taiwan, dan Australia.

(sumber)

ARTIKEL BERKAITAN