Close

Harga rasmi OnePlus Nord didedahkan – Bermula RM1,799 untuk 8GB RAM

OnePlus sebelum ini telahpun melancarkan peranti kelas pertengahan terbaru mereka iaitu OnePlus Nord yang dijana dengan cip pemproses Snapdragon 765G, rangkaian 5G, storan sehingga 256GB (UFS 2.1) dan memori sehingga 12GB RAM. Dalam masa yang sama, pihak OnePlus di Malaysia tidak mengumumkan harga jualan rasminya. 

Hari ini persoalan telahpun terjawab. OnePlus Nord ditawarkan dengan harga RM1,799 untuk 8GB RAM + 128GB storan (boleh dibeli bermula 18 Ogos) dan RM2,399 untuk 12GB RAM + 256GB (boleh dibeli bermula 22 Ogos). Jika anda beli melalui Shopee OnePlus, anda akan mendapat percuma OnePlus Nord Buds bernilai RM399 untuk varian 12GB RAM sahaja.

Ketahui lebih lanjut tentang OnePlus Nord di pautan ini.

ARTIKEL BERKAITAN