Close

Huawei Mate 40 adalah peranti terakhir yang menggunakan cip pemproses Kirin

Seperti yang kita tahu peranti Huawei kini dijual tanpa Google Mobile Servis terbina. Dan Huawei juga memggunakan cip pemproses mereka yang tersendiri iaitu cip pemproses Kirin.

Dalam satu acara di China, Richard Yu (President of the Huawei Consumer Business Group) mengatakan Huawei Mate 40 akan dijual bersama cip pemproses HiSilicon Kirin. Dan ia juga merupakan peranti terakhir yang dijual bersama dengan cip pemproses Kirin.

Ini adalah kerana, bermula 15 September 2020 HiSilicon tidak lagi dihasilkan Oleh TSMC (Taiwan Semiconductor Manufacturing Company). Ia merujuk kepada kontrak membuat cip yang dilarang menggunakan teknologi Amerika Syarikat untuk membuat cip.TSMC adalah pihak yang bertanggungjawab dalam menghasilkan cip untuk Huawei.

Huawei juga tidak merancang untuk menggunakan Exynos dari Samsung untuk permulaan ini. Walaubagaimanapun, sudahpun menguji MediaTek pada peranti mereka.

Huawei Mate 40 pasti menggunakan Kirin. Namun, apakah nasib bagi peranti Huawei seterusnya

(sumber)

ARTIKEL BERKAITAN