Menurut Pejabat Harta Intelek China (CNIPA) Huawei telah mempatenkan rekaan baru untuk telefon pintar mereka. Rekaan yang mempunyai skrin kecil dibelakang. Setiap pengeluar akan mempatenkan reka bentuk tetapi ia tidak bermakna ia akan menjadi produk akhir mereka. Tetapi ia sesuatu yang menarik jika ia benar-benar dihasilkan.
Model yang dipatenkan adalah sama seperti rekaan siri
Mate yang terkini. Bahagian depan menggunakan paparan jenis
waterfall dengan
skrin penuh. Dan bahagian belakang menggunakan modul kamera jenis
matrik style dengan
empat kamera. Terdapat skrin kecil pada modul lens dengan memaparkan
masa dan
info lain.Meizu sebelum ini pernah menghasilkan peranti yang mempunyai
skrin kecil dibelakang. Namun, skrin belakang tersebut tidak mempunyai kemampuan seperti skrin hadapan dari segi
kelajuan tindak balas dan juga
respon sentuhan yang lemah.
(sumber)