Google tahun ini bakal melancarkan dua lagi peranti mereka, ini bermaksud Google bakal mempunyai tiga peranti secara keseluruhan . Sebelum ini, Google telah pun melancarkan Pixel 4a yang ditawarkan pada tanda harga $349 (RM1,458). Model ini merupakan pengganti kepada Pixel 3a.
![]() |
Mengikut imej yang tertiris oleh OnLeaks, Pixel 5 masih menggunakan pengesan cap jari tradisional di belakang. Susunan kamera belakang sama seperti Pixel 4a tetapi menggunakan dua kamera dan terdapat satu sensor yang masih tidak diketahui fungsinya. Kamera hadapan jenis punch hole di atas sebelah kiri.
Masih tidak dapat dipastikan ia adalah imej sebenar Pixel 5 atau tidak. Namun, jika dilihat diri tekstur ia sama padan dengan apa yang telah Google kongsikan sebelum ini.