Seperti kita tahu iPhone 12 bakal hadir ke pasaran tidak lama lagi. Walaupun berlaku sedikit kelewatan untuk hari pelancaran. iPhone 12 bakal hadir dengan empat jenis dengan iPhone 12 Pro Max adalah model dengan speksifikasi paling unggul dalam barisanya.
Jon Prosser, melalui Twitter memuat naik gambar screenshot yang didakwa iPhone 12 Pro Max. Dalam gambar yang tertiris ia menunjukan sokongan paparan 120Hz dengan pilihan paparan adaptif serta ciri baru kamera.
![]() |
![]() |
Ciri lain bagi tetapan kamera adalah rakaman video 4K pada 120fps dan 240fps, "Enhanced Night Mode” dan juga “Advanced Noise Reduction.”
Suka untuk diingatkan gambar yang tertiris ini adalah merupakan "production validation testing" (PVT) yang mana ia boleh dibuang dan diubah sebelum ia dilancarkan secara rasmi. Dan tidak kesemua model baru iPhone 12 akan menyokong fungsi ini.
Jika ia iPhone 12 dilancarkan tanpa fungsi ini, sekurang-kurangnya Apple telah pun menguji fungsi ini untuk keluaran iPhone akan datang.
(sumber)